HA One Holding_Kilang “One Stop Centre” HA Smart Global
Pusat Pengeluaran Bertaraf Antarabangsa
HA SMART GLOBAL mempunyai kilang pengeluaran “one stop centre” serta bertaraf antarabangsa. Pusat pengeluaran ini mempunyai pelbagai sijil-sijil kualiti pengeluaran yang menepati piawai dalam dan luar negara. HA ONE HOLDING adalah syarikat pengelola yang mentadbir serta merancang operasi pengeluaran bagi HA SMART GLOBAL.
SIJIL-SIJIL PENGIKTIRAFAN KUALITI & KESELAMATAN PENGELUARAN
MESTI
Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009 mewajibkan setiap empunya dan penghuni premis pengilangan makanan hendaklah menyediakan dan mengadakan satu Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM). PJKM merupakan satu sistem amalan terancang yang didokumenkan dan memberi jaminan bahawa mana-mana jenis makanan tertentu tidak akan memudaratkan pengguna apabila dimakan. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkenalkan suatu skim yang mudah untuk diperolehi dan memenuhi keperluan minima yang diperuntukkan di dalam PPKM 2009 iaitu Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI). Melalui pensijilan MeSTI, premis pengilangan makanan akan dibimbing dalam membangun dan melaksanakan Program Jaminan Keselamatan Makanan.
HALAL
Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak. Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:
Apabila istilah ini digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa bentuk sekalipun, dalam proses perdagangan atau perniagaan sebagai satu aspek perdagangan atau sebahagian daripada satu aspek perdagangan untuk makanan yang disebut, istilah ‘Halal’, ‘Dijamin Halal’ atau ‘ makanan Islam ‘atau apa-apa terma lain yang boleh digunakan untuk menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai bermaksud untuk menunjukkan adalah halal untuk dimakan oleh orang Islam dan dibenarkan dalam agama mereka sebagai makanan yang disebut untuk dimakan, oleh itu mesti bermakna yang berikut, iaitu, makanan yang baginya apa-apa terma yang digunakan:
- Tidak berpunca daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang diharamkan kepada orang Islam oleh undang-undang Islam, atau haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.
- Tidak mengandungi apa-apa bahan yang dianggap suci dalam undang-undang Islam.
- Tidak disediakan, diproses atau dikilang menggunakan peralatan atau perkakas yang tidak bebas daripada kekotoran seperti yang ditakrifkan oleh undang-undang Islam.
- Pada peringkat penyediaan, pemprosesan atau penyimpanan, tidak bersentuhan dengan atau disimpan berhampiran apa-apa jenis makanan yang tidak memenuhi kehendak para (s) (a), (b) atau (c) atau mana-mana bahan-bahan yang dianggap suci oleh undang-undang Islam.
GMP
Pengiktirafan Good Manufacturing Practice (GMP) diwujudkan bagi memberi pengiktirafan rasmi kepada industri yang mencapai mengamalkan elemen-elemen GMP sekaligus memenuhi kehendak-kehendak keselamatan makanan dan kehendak pengguna.Skim Pensijilan GMP telah dilancarkan untuk memberikan pengiktirafan rasmi kepada premis makanan yang berjaya mengamalkan dan mengekalkan sistem GMP di premis makanan. Pematuhan amalan ini dapat menangani hal-hal termasuk penyimpanan rekod, kelayakan kakitangan, kebersihan kilang, pengesahan peralatan, pengesahan proses dan pengendalian aduan. Dengan adanya prosedur ini, segala aktiviti dapat berjalan dengan lebih lancar. Ia juga dapat mengelakkan sebarang masalah yang timbul ketika aktiviti pengilangan dijalankan.
HACCP
Pengiktirafan Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP) diwujudkan bagi memberi pengiktirafan rasmi kepada industri yang mencapai mengamalkan elemen-elemen HACCP sekaligus memenuhi kehendak-kehendak keselamatan makanan dan kehendak pengguna. Bermula pada 19 April 2001, Skim Pensijilan HACCP telah dilancarkan secara rasmi dan objektif Skim ini adalah untuk memberikan pengiktirafan rasmi kepada premis makanan yang berjaya mengamalkan dan mengekalkan sistem HACCP bagi produk makanan mereka.
Objektif HACCP
- Untuk memastikan makanan yang dihasilkan adalah selamat.
- Untuk memenuhi kehendak Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat
- Untuk menyediakan satu sistem keselamatan makanan di negara ini, memandangkan Sistem HACCP ini akan menjadi satu keperluan pengeksportan makanan seluruh dunia.
ISO 9001
ISO 9001 ialah piawai antarabangsa yang menjelaskan keperluan di dalam Sistem Pengurusan Kualiti. Ia diaplikasikan di dalam sesebuah organisasi bagi menunjukkan kemampuan untuk menghasilkan produk dan penyediaan perkhidmatan yang konsisten bersesuaian dengan kehendak pelanggan dan keperluan perundangan yang digunapakai. Pemakaian ISO menggalakkan pendekatan proses di dalam membangun, melaksana dan menambahbaik keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti.
PROFILE SYARIKAT
BOD OF DIRECTORS
TUAN FAKHRUL ANWAR
( CHAIRMAN )
Tuan Hj. Fakhrul Anwar dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah HA SMART GLOBAL SDN BHD, beliau merupakan Pengerusi (CHAIRMAN), dan beliau juga merupakan pengurus kilang HA ONE HOLDING SDN BHD yang terletak di Gurun, Kedah.
HA ONE HOLDING SND BHD telah beroperasi sejak tahun 2016 sehinggalah sekarang. Beliau sangat berpengalaman luas dalam bidang purusahaan & makanan kesihatan. Beliau juga sedang mengusahakan penubuhan kilang HA ONE di Indonesia.
Kejayaan terbesar beliau adalah berjaya memasarkan produk keluaran kilangnya sendiri iaitu HA ONE HOLDING SDN BHD pada founder-founder terkenal di seluruh Malaysia, Indonesia dan kini produk keluaran HA ONE HOLDING SDN BHD telah berada dipasaran Asia Barat, dan akan berkembang pesat ke serata dunia.
PN NURMALA
( ADVISOR )
Puan Nurmala dilantik sebagai Ahli Lembaga HA SMART GLOBAL SDN BHD, beliau merupakan sebagai Penasihat (ADVISOR) dan juga beliau isteri kepada TN CHAIRMAN. Beliau juga berpengalaman luas dalam industri pengilangan produk dan pemasaran.
Beliau sangat berpengalaman dalam industri pengilangan. Pelbagai urusan mengenai hal-hal pengilangan beliau telah hadapi dari mula penubuhan kilang sehinggalah sekarang.
TUAN AMIRUL HAKIM BIN FAKHRUL ANWAR
( CHIEF EXECUTIVE OFFICER )
( CEO )
Tuan Amirul Hakim Bin Fakhrul Anwar dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah HA SMART GLOBAL SDN BHD. Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).
Tuan Amirul Hakim memulakan kerjayanya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pada tahun 2021 selepas tamat pengajian dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Puteri Jaya Sungai Petani, Kedah. Pada usia belasan tahun beliau sudah mula berkecimpung dalam industri pengilangan dan pembuatan.
Bermula pada usia 17 tahun sehingga 19 tahun, beliau menguruskan beberapa perihal kilang milik bapanya iaitu HA ONE HOLDING SDN BHD. Selama 3 tahun beliau menguruskan proses pembuatan dan pembancuhan produk. Hal ini memberikan beliau pengalaman untuk menguruskan syarikat.
Beliau mempunyai pengalaman yang luas dan sangat istimewa yang sukar untuk dimiliki semua orang. Walaupun dalam waktu yang singkat, namun beliau telah berjaya mengecapi pengalaman untuk memiliki dan menguruskan syarikatnya sendiri.
Pengalaman selama 3 tahun itu telah membuktikan bahawa beliau telah berjaya menubuhkan dan menguruskan syarikat sendiri pada usia yang sangat muda di sebuah syarikat iaitu HA SMART GLOBAL SDN BHD.
PN LYYN
( MANAGING DIRECTOR )
Puan Lyyn dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah HA SMART GLOBAL. Beliau merupakan Pengarah Urusan (MANAGING DIRECTOR).
Pn Lyyn merupakan seorang usahawan dan juga networker sejak tahun 2007. Pernah menjadi jutawan dalam sebuah syarikat. Beliau juga pernah memegang jawatan dalam company networking sebelum ini.
Beliau juga pernah mendapat anugerah Best Leadership Award tahun 2020. Dan kini beliau didalam barisan managment HA SMART GLOBAL agar terkenal di ‘Seantero dunia dengan Super Premium Product.
TOP MANAGMENT



EN HARUN BIN AHMAD
MARKETING CONSULTANT
EN ABD WAHAB BIN YAHAYA
001
EN ABDUL WAHAB BIN OTHMAN
BUSINESS CONSULTANT
VISI
MELAHIRKAN LEGASI JUTAWAN BERIMAN
MISI
KAYA DENGAN KESIHATAN
KAYA DENGAN ILMU
KAYA DENGAN PERSAHABATAN
KAYA DENGAN KEPIMPINAN
KAYA DENGAN KEWANGAN
KAYA DENGAN PASARAN GLOBAL
KAYA DENGAN REKOD PERIDABI
IBU PEJABAT
KILANG